Soalan Lazim Umum

1.   SOALAN LAZIM DARI JABATAN PERLADANGAN

Apakah fungsi dan tugas RISDA Plantation dalam memajukan sektor pertanian Negara ?
 
RISDA Plantation diujud berperanan menyediakan alternatif kepada pemilik tanah yang kurang berkemampuan untuk memajukan tanah kebun/ladang secara bersendirian atas sebab tidak bermastautin berdekatan kebun, kurang upaya, uzur, mahupun mempunyai modal yang terhad.  Pembangunan tanah kebun/ladang ini akan menjana pulangan kepada pemilik tanah melalui dividen yang dikeluarkan di samping membantu negara mengurangkan kadar kemiskinan dan menyumbang kepada ekonomi negara dalam sektor pertanian tanaman komoditi getah & sawit.
2.   
Apakah faedah yang diperolehi jika tanah itu dimajukan oleh RISDA   Plantation ?

Pemilik tanah tidak perlu terlibat secara langsung memajukan tanah kerana pembiayaan termasuk bayaran cukai tanah dan pembangunankebun/ladang diuruskan oleh RISDA Plantation dengan mengembelingkan faedah kos pada ekonomi berskala besar yang kompetitif dan menitikberatkan amalan pertanian baik termasuk penggunaan input pertanian yang premium dari segi kualiti bagi menjamin pengeluaran hasil yang optima.  Pulangan hasil yang tinggi ini akhirnya dikreditkan terus ke akuan bank pemilik tanah sebagai dividen tanpa perlu berurusan ke pejabat.  Penyata kewangan turut dihantar melalui pos ke pemilik tanah namun masih boleh diperolehi pada bila-bila masa jika pemilik tanah berurusan ke pejabat.
3.   
Apakah syarat dan kelayakan bagi mengikuti program memajukan tanah / Pembangunan Ladang oleh RISDA Plantation  ini?
Tiada sekatan untuk menyertai program RISDA Plantation dengan syarat mempunyai milikan tanah yang sah dan memberi persetujuan berikut :     
 1) Menandatangani surat perjanjian pengurusan yang melantik RISDA Plantation sebagai agen mengurus..
 2) Modal pembangunan tanah berkenaan yang didahulukan oleh RISDA Plantation dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.     
 3) Bayaran balik pinjaman modal pembangunan tanah melalui potongan hasil dari tanah yang telah dimajukan.      
 4) Memberi kuasa kepada RISDA Plantation untuk memasarkan hasil kebun/ladang yang dimajukan.    
 5) Menjamin tidak akan mengganggu samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam sebarang aktiviti RISDA Plantation menguruskan  tanah  berkenaan.  
 6) Mendapatkan persetujuan rasmi setiap penama sekiranya tanah berkenaan dimiliki secara kongsi.


SOALAN LAZIM DARI JABATAN PEMASARAN DAN KHIDMAT KONTRAK :

Apakah Perkara yang perlu disediakan untuk memasuki tender belian BTS / Skrap RISDA Plantation?
a.Lesen perniagaan yang sah.
b.Lampiran penyata tahunan selama 3 tahun
c.Profil syarikat
d.Lesen MPOB / LGM

Apakah kriteria yang dinilai dalam pemilihan pembeli tender BTS/Skrap?
a.Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
b.Mempunyai rekod perniagaan yang baik
c.Kedudukan kewangan yang kukuh
d.Berpengalaman luas
e.Mempunyai kemudahan logistik
f.Kedudukan kilang yang berhampiran dengan projek

Bilakah pelawaan tender biasanya diadakan?
Pelawaan tender BTS lazimnya dibuka pada bulan Julai setiap tahun dan diiklankan di laman web RISDA Plantation serta surat khabar terpilih.

Bagaimana pengiraan harga skrap dilakukan?
Contoh pengiraan harga skrap adalah seperti berikut :

Perkara (sen/kg)
  Harga rasmi SMR 20 (Tengahari/petang) 1000
(-) Ses  @ 14sen  14
(-) Diskaun @ Premium per mtan 160
  Sen Harga Skrap/Kg Ex-kilang (100% DRC) 826
(x) Kandungan Getah Kering 52%
  Sen Harga Skrap/Kg Ex-kilang 430

Bagaimana pengiraan harga sawit dilakukan?
Contoh pengiraan harga sawit adalah seperti berikut :

  Harga/mt, CPO hantaran tempatan 3,000.00
(-) Ses 13
(-) Kos Pengangkutan CPO 30
(x) % OER 19.00%
(=) Harga mtan bts ex-kilang 561.83
  Harga/mt, kernel 1,650.00
(x) Kernel% 5.00%
(+) harga mtan kernel ex-kilang 82.5
(=) Jumlah Harga BTS/mt 644.33
(-) tolak kos proses 38
  Harga BTS mtan kilang 606.33

Berapakah margin yang sesuai bagi urusniaga skrap?
Margin yang terbaik dalam urusniaga skrap adalah sekurang-kurangnya 10 sen per kilogram (berat kering).


Berapakah margin yang sepatutnya diperolehi dalam jual beli sawit
Urusniaga sawit yang baik adalah jika mendapat pulangan tidak kurang RM10 setiap metrik tan setelah ditolak kos-kos operasi yang berkaitan.

Adakah RISDA Plantation menyediakan khidmat bekalan benih sawit.
Ya, boleh menghubungi cawangan Temerloh (Pemasaran & Khidmat Kontrak) bagi mendapatkan bekalan dan khidmat nasihat.

Adakah syarikat ini menyediakan baja atau racun rumpai?
Ya, RISDA Plantation ada menyediakan Pusat Sehenti (One Stop Center) dimana peserta, pekebun atau mana – mana individu boleh mendapatkan bekalan baja atau racun rumpai tersebut dengan menghubungi Cawangan Kuala Kangsar (Pemasaran & Khidmat Kontrak).

Apakah ratio bagi seorang pekerja asing untuk kerja di Ladang Sawit dan Ladang Getah?
Bagi seorang pekerja asing adalah 20Ha untuk Kerja Ladang Kelapa Sawit.
Bagi seorang pekerja asing adalah 6Ha untuk Kerja Ladang Getah.
   
Adakah Risda Plantation ada menyediakan khidmat jentera berat bagi membuat kerja kerja parit dan membina teres?
RISDA Plantation mempunyai 3 jentera jenis Escavator dan boleh melakukan kerja pembangunan tanah. Mana – mana individu atau syarikat    ingin mendapatkan khidmat ini boleh menghubungi cawangan Temerloh (Pemasaran & Khidmat Kontrak).

SOALAN LAZIM DARI JABATAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

 Bilakah iklan jawatan kosong dikeluarkan?
 
Iklan jawatan akan dikeluarkan apabila terdapat keperluan di RISDA Plantation.

 Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat iklan kekosongan jawatan di RISDA Plantation?
 
Semakan dari semasa kesemasa mengenai iklan kekosongan jawatan di Laman Web RISDA Plantation.

 Bolehkah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan secara manual?
 
Boleh, permohonan boleh menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) dan jawatan dipohon ke Jabatan PSM & Pentadbiran jika ada makluman iklan kekosongan jawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.    Apakah Perkara yang perlu disediakan untuk memasuki tender belian BTS / Skrap RISDA Plantation?

a.    Lesen perniagaan yang sah. 

b.    Lampiran penyata tahunan selama 3 tahun

c.    Profil syarikat

d.    Lesen MPOB / LGM

 

2.    Apakah kriteria yang dinilai dalam pemilihan pembeli tender BTS/Skrap?

a.    Mempunyai lesen perniagaan yang sah.

b.    Mempunyai rekod perniagaan yang baik

c.    Kedudukan kewangan yang kukuh

d.    Berpengalaman luas

e.    Mempunyai kemudahan logistik

f.     Kedudukan kilang yang berhampiran dengan projek

 

3.    Bilakah pelawaan tender biasanya diadakan?

Pelawaan tender BTS lazimnya dibuka pada bulan Julai setiap tahun dan diiklankan di laman web RISDA Plantation serta surat khabar terpilih.

 

4.    Bagaimana pengiraan harga skrap dilakukan?

Contoh pengiraan harga skrap adalah seperti berikut :













Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, P/S 13543, 50814 Kuala Lumpur.

Tel: 603-4270 5104 Faks: 603-4270 5204 Emel: admin@risdaplantation.com.my