Soalan Lazim Peserta
1. Bagaimana sekiranya berlaku pecahan lot bagi tanah saya yang sedang di uruskan oleh RISDA Plantation?
Adalah diingatkan pecahan lot, pindahan milik, tambahan pemilik, pengurangan pemilik atau mengikat tanah tersebut kepada sesiapa atau mana-mana pihak tidak dibenarkan sama sekali tanpa persetujuan RISDA Plantation terlebih dahulu. Sekiranya perkara ini berlaku, pemilik tanah dikehendaki mengemukakan pindaan dokumen pemilikan yang sah ke cawangan RISDA Plantation yang menguruskan tanah tersebut untuk dibuat semakan pemilikan. Jika perlu, perjanjian baru hendaklah ditandatangani oleh pemilik terkini beserta butiran akaun bank untuk dikemaskini.
2.Saya mempunyai ladang sawit yang telah dibangunkan oleh RISDA Plantation dan telah pun berhasil. Bilakah saya akan memperolehi dividen?
Setiap Ladang telah di wujudkan Jawatankuasa yang terdiri daripada peserta sebagai salah satu saluran utama penyampaian maklumat kemajuan ladang termasuk pemberitahuan dividen. Bagaimanapun ianya berasaskan kemajuan projek semasa pembangunan sehingga mampu berdikari. Tempoh berdikari adalah diandaikan selama 2 tahun selepas ladang mula berhasil. Sebarang bayaran dividen sebelum tempoh berkenaan adalah berbentuk pendahuluan kos yang dikenakan kepada projek.
3.Bagaimana untuk mendapatkan penyata kewangan dan bilakah penyata kewangan akan dikeluarkan kepada peserta.
Penyata kewangan untungrugi akan dikeluarkan setiap kali semasa bayaran dividen dibuat dan dihantar kepada Peserta atau melalui AJK Projek .Permohonan penyata kewangan pada lain-lain masa juga boleh diminta dengan peserta hadir sendiri ke pejabat RISDA Plantation berkenaan.
4.Berapakah keluasan tanah yang perlu ada untuk menyertai Program RISDA Plantation sebagai peserta.
Keluasan tanah dikelompokan kalangan peserta-peserta hendaklah mencapai minima 40 hektar dalam satu blok kawasan. Lain-lain luas kawasan yang kurang dari itu akan dipertimbangkan berdasarkan daya maju cadangan projek jika pengurusan boleh digabungkan dengan projek yang sedia ada.
5.Berapa tahun tempoh perjanjian dan bilakah tarikh tamat perjanjian?
Semua perjanjian yang ditandatangani mulai tahun 2010 adalah berkuatkuasa selama 25 tahun mulai tarikh ianya ditandatangani tertakluk kepada segala hutang projek yang telah diselesaikan.
6.Bagaimanakah caranya untuk keluar dari perjanjian yang telah ditandatangi oleh peserta dengan pihak RISDA Plantation ketika masih dalam tempoh perjanjian?
Permohonan keluar hendaklah dikemukakan secara rasmi ke RISDA Plantation cawangan berkenaan untuk disediakan kertas kerja bagi diangkat ke pertimbangan Jawatankuasa Pelaburan di Ibu Pejabat RISDA Plantation. Adalah diingatkan penarikan diri peserta dalam tempoh perjanjian yang masih berkuasa berhadapan dengan penalti yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan kelulusan penarikan diri bukanlah sesuatu yang mutlak kerana tertakluk kepada daya maju baki luas projek yang masih setia sebagai peserta serta tertakluk kepada bentuk perjanjian yang ditandatangani.
7.Bolehkah tanah yang telah dikaveat dan sedang diuruskan oleh RISDA Plantation dibatalkan?
Selagi tempoh perjanjian berkuatkuasa kaveat tidak akan dibatalkan oleh RISDA Plantation. Sebarang urusan berkenaan cadangan pindaan pemilikan tanah tersebut hendaklah dirujuk terlebih dahulu ke RISDA Plantation.
8.Bagaimana kami hendak mendapatkan bantuan untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyertai RISDA Plantation.
Senario: Saya mempunyai sebidang tanah dengan tanaman getah tua dan sebidang tanah lagi yang tidak ditanam getah ataupun sawit. Kakak saya pula mempunyai sebidang tanah sawit yang tidak lagi berhasil.
Pemilik tanah perlu hadir dengan membawa dokumen pemilikan tanah yang sah kemana-mana pejabat RISDA Plantation untuk diselaraskan permohonan bantuan tanam semula mahupun bantuan tanah kosong supaya permohonan tersebut boleh dipantau dan diberi keutamaan bagi tujuan penubuhan TSK yang diuruskan oleh RISDA Plantation.
Pemilik tanah perlu hadir dengan membawa dokumen pemilikan tanah yang sah kemana-mana pejabat RISDA Plantation untuk diselaraskan permohonan bantuan tanam semula mahupun bantuan tanah kosong supaya permohonan tersebut boleh dipantau dan diberi keutamaan bagi tujuan penubuhan TSK yang diuruskan oleh RISDA Plantation.











