Ahli Lembaga (YTAR) Memberi Isyarat Bagus
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah mengadakan lawatan kerja pada 20 Februari 2011 yang lalu bagi meninjau projek pembangunan ladang getah seluas 135.95 hektar yang diuruskan oleh RISDA Plantation. Secara keseluruhannya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YTAR amat berpuashati dengan kesuburan pokok getah dan pengurusan ladang.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada Tan Sri Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Abd. Rashid Abd Rahman dan CEO YTAR, Dr. Tengku Abd. Aziz Tengku Zainal. Pengurus cawangan Sungai Petani, En. Abu Kassim Harun telah mengiringi lawatan kerja pada hari tersebut.











