Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP)
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad. Turut hadir ketua Pegawai Eksekutif Haji Mohd Najib A. Samad.
Pelbagai acara disusun bagi melengkapkan konvensyen ini, antaranya pembentangan kertas kerja yang meliputi empat elemen penting untuk GAP iaitu penanaman dan penjagaan, pembajaan, rangsangan, dan akhir sekali penorehan serta penuaian hasil. Kertas kerja ini dibentangkan oleh pembentang-pembentang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perladangan dan khidmat pertanian.
Aktiviti lain yang sangat menarik perhatian peserta adalah pameran yang berunsurkan empat elemen penting GAP. kesemua peserta pameran, bersungguh-sungguh untuk menyiapkan ruang pameran mereka dengan pelbagai cara untuk peserta lebih memahami konsep GAP yang diketengahkan melalui konvensyen ini. Pengawal Zon Selatan Encik Mohad Yasin Sawiran dan kumpulannya telah memenangi ruang pameran terbaik. Tahniah diucapkan.
Pihak pengurusan RISDA Plantation memberikan penghargaan kepada semua pembentang kertas kerja di atas pembentangan dan penyediaan pameran yang memberi input penting bagi pengamalan Amalan Pertanian Baik (GAP) seterusnya ke arah peningkatan produktiviti. Tidak lupa juga kepada semua peserta yang telah menjayakan konvensyen ini.
![]() |
![]() |
| Ikrar di lafazkan untuk melaksanakan GAP | Penyerahan SOP Jabatan Perladangan dan Khidmat Pertanian |
![]() |
![]() |
| En. Tan Chye Aun, orang kuat Konvensyen GAP | Ucapan Perasmian Konvensyen oleh Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah RISDA |















